Tuesday, February 3, 2009

Jom Tengok Bintang: Poems in BM

PENEROKA

Hari ini aku lepaskan bahtera
penuh ayam betina dan peket-peket Maggi.
Selagi keyakinanku cukup makan
kenaifan berlayar sekali lagi.

Inilah drama yang saya impikan:
melanggar gugusan Hawaii suatu hari,
kasihanilah mereka yang dirogol lanun
ataupun lemas ego sendiri, tetapi

bukan aku,
bukan aku ataupun kau semestinya.

Pulau itu tak seharusnya sepi tandus.
Badan kita tak semestinya bergolek-golek
di atas pasir hitam gunung berapi.
Tapi mungkin. Mungkin boleh.

Dengan suatu pelukan.
Suatu kucupan.
Suatu ansuran
kasih bulanan.


+


TEMAN BARU

Teman baru berbaju cokelat.
Kulitnya putih, bibirnya ceri.
Bersama teman baru berjalan-jalan hujung minggu.
Naik motor. Makan McDonald’s.
Minum latte bersama adik comel dia.
Bila dia pelawa tengok wayang,
kami beli tiket filem ketawa, dia suka lawak lucu.
Aku gigit butang dia.
Aku koyak baju cokelat.
Teman baru aku pandai berjenaka.
Aku pegang tangan dia.
Aku suka dengar dia ketawa.
Aku bermalaman di rumah dia.
Bapa dia tanya pasal kerja aku.
Ibunya masak kangkung belacan.
Aku suka senyuman manis dia.
Aku selalu beli dia cokelat.
Aku jilat belakang leher dia.
Teman baru aku pandai, suka aku.
Aku pun suka dia.
Aku mahu hati dia.
Aku mahu jari cincin dia.
Aku mahu bibir dia yang dibasahi liur.
Itu semua aku mahu.
Dia teman baru aku.


+


BURUNG

burung-burung terbang ke mari
burung-burung cungkil kedua-dua mataku
dan terbangkan lari

aku gantikan dengan guli,
dengan gula kapas, dengan sesudu
bulan, dengan liur mulut sayangku putih


+


LANGIT ITU JALA

Langit itu jala dan bulan itu ikan.
Jala perangkap perak kayangan.
Jika engkau bulan, aku nelayan.
Sisikmu menyilau, aku senyuman.


+


BUTANG-BUTANG

butang-butang diselotep kat langit malam
gundik berkelip, mata berteknik
tekan, tekan, satu, dua, malaikat moden
itupun tahi butang tersungkur
ke dalam pelukan

hangat rasanya, hangat boleh dipegang
tidak pun terasa sedih
walaupun tersungkur, walaupun disembur
butang-butang yang dipakai
sepekat madu

dan jawapannya seperti tak sempat nak
memburai tanah di mana kita bergolek-golek
kita seperti butang-butang
tak sabar nak ditekan untuk merakam
masa ini kita pergi lagi

kita berlari lagi
satu, dua, lampu kereta menggelongsori bukit
berkelip-berkelip di dalam baldu
menarilah kita di atas jurang
kita gila berlari, jom, jom tengok butang


+


KEBAS

kepala berfikir sendiri, bermain sendiri

mata seolah memandang garisan-garisan
yang berselang-seli

tangan kebas, kaki malas, mulut lumpuh, tetek beku,
bibir tidur,

buntut pun bermimpi,

perut seperti rumah yang kosong
tapi jantung masih berdegup


+


KITARAN, PERTUKARAN, SHOPPING, CINTA

pintu sudah luas terbuka
buat apa lagi kau berdungu
pergilah, bertolaklah, tukarkanlah cadar perjalanan mu itu
tilam baru boleh dibeli, bantal baru boleh dijahit
tidak mustahil setiap lima tahun TV baru
diusung ke dalam bilik, remote control di bawah selimut
jangan lagi diungkit sifar-sifar masa kebudakan
yang usang didermakan, yang sudah dipupuskan
dakaplah benda-benda baru berwangi kilang
ciumlah puas-puas kesegaran sementara
semuanya sementara, perjalanan pun hanya sementara
proton model baru remuk buntutnya
gambar cimpanzi comel pudar warnanya
kehidupan pun akhirnya jemu
teman lama hampa tak tentu
teman muda seperti hiasan perak, kilau berfesyen
bagaikan pameran bergerak di shopping mall, mulut mereka
tersenyum lagi—
apa lagi yang harus dilepaskan?
apa lagi yang sepatutnya dah luput?
pergilah, beredarlah, carilah yang baru
jikalau sanggup, semua boleh digantikan


+


PUJANGGA SERANGGA

kau pujangga, aku serangga.
aku lelaki, kau serambi.
kau Madonna, aku banana.
aku jejari, kau berahi.


+


EGO BUNJUT

1.
Apakah celupar itu selipar?
Mulut tak berzip atau renda menular?
Keluar ular, aku tak sanggup
bersigup disini, atau menggugup
dengan suami yang tak berseluar.

2.
Terung mamat berpindah-randah
Perak Selasa, Sabtu ke Sabah.
Kancil dipandu terror di kampus,
mata terbeliak, hati nak mampus
tapi tak bersen, stim pun patah.

3.
Jangan peduli bisikan si lawan.
Bulan bertetek tak semestinya kawan.
Coretan bibir boleh gak pas
walaupun senyuman bagaikan tandas
tok jaguh daerah penyebar kuman.

4.
Cepat-cepat si sayur kundur,
lagi cepat bangsa kot mundur.
Yo, yo, yang berfesyen negro,
tapi hakikatnya tahi kopi-o.
Itulah kisah si mamat ko-lumpor.


+


GARU

logiknya terlus, logiknya terlus
rahsia itu mesti dikotakkan
ini ruang, kau perlukan ruang,
jangan digaru hati yang ruam


+


AKU DAN TUHAN

kadangkala aku menyakitkan hati
jiran menyerang mintalah ampun
teriak aku macam direnjis najis
“Aku telanjang di genggaman Tuhan!”

kadangkala aku terkehel sendiri
melihat orang berada, berpangkat,
menjilat punggung yang lebih keramat
“Itu muslihat Tuhan bermonyet!”

muka ditampar kerana bersumpah
kulit terkupas balasan akhirat
tapi masih di sini sedap bercangkung
“Bukankah Tuhan main daki di pusat?”


+


NIAT BAIK SUATU HARI AKAN TERBALAS JUGA

Setelah selesai membaham kucing tiga warna,
pahlawan tersesat itu pun sampai ke garpu jalanan

Burung Gagak di atas pohon menguak
“Siapakah itu? Siapakah itu?”
“Tunjukkanlah hamba jalan ke kota.”
“Kalau penyoal niatnya baik, susur ke kanan.”
Gagak pun tersungkur terpanah di dada

Sehari semalam pahlawan berjalan
sehingga Kota Emas berkilau di mata
Putera-puteri bermonyet menyambut dia
kakinya disabunkan samsu dan sutera
“Cukuplah dengan semua itu. Kehendak aku hanya
satu perkara.”
“Silakan,” Raja Emas tersenyum
lalu tersungkur ke lantai ditikam
“Jika kau mati, siapa yang mengganti?”

Dayang-dayang teriak apa gunanya
Niat baik memang ada caranya


+


KAH KAH KAH

bukan lagi mentah, sudah tak segar
macam pelita buruk, paku yang tagar

macam nasi semalam, sayur masin kelmarin
bulu sudah botak, keredut macam katak

bukan lagi semut, bukan lagi lintah
sudah jadi belut, pandai hisap dadah


+


PENCUCI MULUT

dia datang, dia sampai, dia membawa Clorox
untuk menggores impian ku
untuk mencuci mulut ku
kemanisan ayat kelamin karat
perang rasanya

dia datang, dia warnakan semua deria ku
kelabu


+


MENGAPA

Mengapa takde kasut
untuk dijilat lepas terpancut?
Mengapa takde maksud
yang tersangkut dalam selimut?

Mengapa kau berbisu
lepas mandi berahi?
Bukankah kau tuhan
seks berapi?


+


LUTSINAR

pada suatu malam, ingat, mereka kembali pada aku, untuk aku,
pada masa itu aku renungi laptop, aku sedang menunggu
seperti mereka sebelum mereka mula bergerak, tetapi kerana
aku menunggu terlalu lama untuk bebas dari belenggu
aku tersuntuk masa, aku seperti disentak senja
dan mereka pun mengangkat aku pergi, aku pun mengangkat kaki,
aku pun bersiar-siar ke dunia lutsinar,
di mana tanah itu kaca, di mana dinding itu syurga,
sejarah sehalus sekeping kertas dibelah cahaya,
aku cuba menulis tetapi tulisan ghaib di mata,
mereka seperti tak akun berhenti menyakinkan aku
yang masa itu telah habis, sudah sampai
dan mereka tiada lagi pilihan, jadi aku pun kembali

tengoklah baik-baik, aku hanya segenggam pasir berwarna
yang terbeku dalam perspex lutsinar malam,

tengoklah baik-baik, kau hanya budak menggeleng kepalanya,
bedak seperti salji sekeliling mu, pada suatu malam,
ingat,

kau kembali pada aku, untuk aku, pada masa itu aku intai
lubang di karat pintu,
aku sedang menunggu

No comments: